Monday, 4 June 2018

Empat maut, dua parah kereta rempuh pembahagi jalan

SHARE
Keceriaan enam sekeluarga pulang membeli persiapan raya di Kuala Lumpur bertukar tragedi selepas empat daripada mereka maut, manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan di Km161 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Maran hari ini.

Ketua polis daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata empat yang maut dikenal pasti sebagai Azian Abdullah, 50, dan tiga anaknya Fatin Najwa Mazlan, 27, Fatin Nur Adriana, 15, dan Mohamad Danish Najmi, 10.

Beliau berkata dua lagi anak Azian iaitu Mohd Shahrul Ikhram Mazlan, 20, dan Fatin Nur Athirah, 19, cedera parah dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh untuk rawatan.

“Siasatan awal mendapati kereta Perodua Myvi yang dipandu Mohd Shahrul telah terbabas dan melanggar penghadang besi jalan di kiri jalan sehingga kereta ditembusi oleh besi penghadang jalan berkenaan.

“Ia menyebabkan mangsa empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

"Mayat kemudian dihantar ke Hospital Jengka untuk dibedah siasat,” katanya kepada pemberita di sini.

Norzambri berkata kemalangan itu berlaku semasa keluarga berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Cheneh, Kemaman, Terengganu.

Menurutnya, jalan di kawasan kejadian adalah lurus dan menuruni bukit dan keadaan cuaca ketika itu adalah baik.

Sementara itu, timbalan pengarah bomba Pahang Mohd Sani Harul berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 8.49 pagi dan sebaik tiba di tempat kejadian mendapati kesemua mangsa tersepit di dalam kenderaan.

“Bomba terpaksa mengambil selama sejam sebelum berjaya mengeluarkan semua mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Operasi turut dibantu oleh empat kakitangan klinik kesihatan Maran dan tiga anggota ibu pejabat polis daerah Maran, katanya. — Bernama
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers