Thursday, 7 June 2018

Faktor Venezuela lonjak harga minyak

SHARE
BEIJING: Harga minyak menokok hari ini disokong penyusutan eksport dari Venezuela yang juga adalah anggota OPEC.

Dagangan hadapan minyak mentah Brent menokok 33 cent, atau 0.4 peratus, kepada AS$75.69 satu tong pada 0101 GMT.

West Texas Intermediate (WTI) pula naik 38 cent, atau 0.6 peratus, pada AS$65.11 satu tong.

Ia mengakhiri sesi 1.2 peratus lebih rendah pada AS$64.73 satu tong.

Venezuela, satu daripada anggota Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum atau OPEC, hampir sebulan terlewat dalam penghantaran minyak mentah kepada pelanggan daripada pelabuhan eksport utamanya, demikian menurut data Reuters.

Kelewatan yang kronik mengancam kontrak bekalan dimeterai syarikat milik kerajaan, PDVSA, sebelum ini sekiranya ia tidak ditangani segera.

Kapal tangki menunggu untuk mengangkut lebih 24 juta tong minyak mentah, hampir sama banyak yang dihantar PDVSA pada April, kini berada di pinggir pelabuhan minyak utama negara itu, demikian menurut data itu.

Kelewatan terlalu teruk, PDVSA memaklumkan pelanggan ia berkemungkinan

mengisytiharkan 'force majeure', bagi membolehkan ia menghentikan buat sementara kontrak, sekiranya mereka tidak menerima pakai terma penghantaran baharu.

Dalam undang-undang, force majeure merujuk kepada keadaan di luar jangkaan yang menghalang seseorang daripada memenuhi sesuatu kontrak.

Masalah bekalan Venezuela muncul di tengah-tengah pengurangan pengeluaran sukarela oleh OPEC yang berkuat kuasa sejak 2017 bagi menaikkan harga.

Negara itu berhadapan krisis ekonomi dan kemanusiaan. - Reuters
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers