Wednesday, 6 June 2018

Gabenor BNM serah surat letak jawatan hari ini - Dr M

SHARE
PUTRAJAYA: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim telah menyerahkan surat peletakan jawatan beliau hari ini, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan belum memutuskan pengganti beliau kerana penggantian perlu mendapatkan kelulusan daripada Yang Di-pertuan Agong Sultan Muhammad V.

"Kita tidak akan umumkannya hari ini," kata Dr Mahathir pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Muhammad dilantik sebagai Gabenor pada 1 Mei, 2016, menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. Beliau merupakan Gabenor kelapan. -- BERNAMA
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers