Friday, 1 June 2018

Hapus Tol Seremban Expressway dan Salak Expressway Bukan Kerana Janji Pakatan Harapan

SHARE
Saya tidak mahu menidakkan apa yang benar cuma perbetulkan salah tanggapan yang telah awak cakap tadi,' kata seorang rakan penulis kepada rakanya yang bersorak sorai berkaitan tol Seremban Expressway dan Salak Expressway yang hapuskan bermula 1 Jun 2018.

Teguran mula dilontarkan apabila pro PH yang juga rakan penulis mula bersuara, katanya; tengok, Mahathir telah hapuskan tol Seremban Expressway dan Salak Expressway , bla, bla, bla... PH dah tunai janji yang dibuat pada kempen PRU14, bla, bla, bla...orang BN kata kalau tol dihapuskan kerajaan tak der wang lagi nak baiki jalan, bla,bla, bla...

Teguran dilontar dengan baik, dengan sini saya nak bagi tahu pekara sebenar, jangan cakap macam orang tak sekolah, lain kali ambil tahu dahulu mengapa tol itu di hapuskan.

Penulis tersenyum apabila melihat penyokong PH yang bersorak sorai itu tertunduk malu kerana kebodohan sendiri.

Penjelasan selama 2 minit oleh rakan penulis sudah cukup untuk mematahkan semangat tak bertempat dan penulis berharap penyokong PH itu sedar bahawa dia masih bodoh dengan isu semasa.

Penjelasan yang diberi rakan penulis ringkas, iaitu,' tol itu (Seremban Expressway dan Salak Expressway ) dulunya dikenali sebagai sebahagian daripada Jajaran Lebuhraya Metramac. Ia ditutup bukan kerana janji semasa kempen musim PRU14 oleh PH, sebaliknya kontrak konsesi kedua-dua jajaran itu telah tamat pada 31 Mei 2018, dan zaman BN memerintah, Najib ketika itu perdana menteri tidak sambung kontrak konsesi dan tak sambung juga ketika Pak Lah (Abdullah Badawi) perdana menteri.

"Sekiranya BN masih memerintah Seremban Expressway dan Salak Expressway juga dihapuskan. Takdir Allah telah menentukan tol itu dihapuskan ketika PH memerintah.

"Lain kali awak kena teliti dahulu sejarah sebelum bersorak, nanti kita orang kata awak macam beruk dapat bunga,' marah pula.

Kata rakan penulis lagi, kita orang berdua ni, selalu berbincang hal-hal macam ni sebelum menyampaikan kepada orang,.. sebab bimbang dan takut kena booo atau kena BODOH dengan rakan-rakan lain.

Penulis tidak menyampuk sepatah pun kerana penjelasan yang diberikan sudah memadai dan boleh difahami.

Walaupun pro PH itu kena kaw-kaw .... dia tetap belanja kita orang minum.. terima kasih dan semuga Allah murahkan rezekinya.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers