Saturday, 2 June 2018

Harga Minyak Dunia Meningkat

SHARE
SINGAPURA: Niaga hadapan minyak mentah memadam kerugian awal pada Jumaat, namun penanda aras harga AS dijangka jatuh minggu kedua, dihimpit rekod pengeluaran AS dan jangkaan OPEC akan meningkatkan pengeluaran.

Minyak mentah AS, West Texas Intermediate menambah 11 cent kepada AS$67.15 setong pada 0702 GMT, melantun semula daripada sesi rendah AS$66.81 setong yang menyaksikan ia susut hampir dua peratus pada Khamis.

Menanda aras global, minyak Brent yang berubah sedikit pada sesi sebelumnya, naik 16 cent kepada AS$77.72 setong. Harga Brent diniagakan serendah AS$77.36 setong pada Jumaat.

Bagi minggu ini, WTI berada pada landasan untuk susut 1.5 peratus, menambah kepada kejatuhan hampir lima peratus minggu lalu, sementara Brent dijangka ditetapkan meningkat 1.3 peratus, meluaskan jurang antara dua penanda aras itu.

Pengeluaran minyak mentah AS meningkat kepada paras rekod sejak akhir tahun lalu.

Pada Mac, ia melonjak sebanyak 215,000 tong sehari (bpd) kepada 10.47 juta bpd, rekod tertinggi bulanan baharu, kata Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) pada Khamis.

"Pengeluaran AS menokok dan ia berterusan apabila anda melihat pengeluaran AS," kata Pengurus Risiko Minyak Mitsubishi Corp, Tony Nunan di Tokyo.

"Perkara lebih besar adalah jurang antara Brent dan WTI. Secara kewangannya, ia masuk akal untuk pembeli membeli WTI kerana ia lebih murah."

Khamis lalu, premium Brent berbanding WTI melepasi AS$11 setong, jumlah terbesar sejak 2015.

Ia meningkat dua kali ganda dalam tempoh kurang sebulan disebabkan kekurangan kapasiti saluran paip di AS yang terperangkap dengan lebih banyak pengeluaran dari kawasan pedalaman.

"Kejatuhan dalam inventori di AS dibayangi oleh lonjakan dalam pengeluaran AS ke paras tertinggi baharu," kata ANZ dalam nota penyelidikan. -Reuters
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers