Sunday, 3 June 2018

Hutang Negara Tinggi Hanya Opera Apek Tua Tidak Mahu Tunai Janji

SHARE
TEPAT seperti dijangka Pakatan Harapan (PH) tidak akan mampu menunaikan janji manifesto dalam temph 100 hari dan kegagalan PH itu berjuta pemilih berdaftar tertipu.

Dakwaan faktor hutang negara yang tinggi sebagai penyebab PH tidak mampu laksanakan semua janji 100 harinya hanyalah opera apek tua semata-mata.

Ketika Barisan Nasional memerintah 97.6 peratus janji pada PRU13 dapat dilaksanakan dengan jayanya, sedangkan PH ketika jadi pembangkang tetap mendakwa negara ini menuju muflis.

Setelah PH berjaya memerintah nada berbeza sering kedengaran sehingga diwujudnya tabung khas untuk rakyat menderma bagi tujuan bayar hutang negara.

Mahathir sebagai perdana menteri jangan ingat politk hari ini seperti zaman rakyat disumbat dengan baja cap dacing. Tak usah banyak konar baring kerana maklumat dihujung jari.

Harga minyak petrol tidak pernah murah walaupun 1 sen setelah PH memerintah, yang dilaksanakan hanyalah menyambung apa yang telah BN laksanakan iaitu BR1M yang kini dikenali Bantuan Sara Hidup (BSH).

Semasa dikenali dengan nama BR1M para pemimpin PH siang malam melalak kononya bantuan itu adalah rasuah, dedak dan sebagainya.

BSH yang diperkenalkan PH hanya tukar nama dan bantuan itu tetap rasuah sekiranya masih sah seperti dilaungkan puak-puak PH sebelum ini.

Dakwaan hutang negara tinggi hanyalah opera yang patut dipersembahkan kepada apek tua, pekak dan bisu sahaja, kerana alasan itu tidak diterima pakai disisi orang muda. Dakwaan itu juga adalah benih penipuan untuk tidak melaksanakan janji 100 hari.

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers