Monday, 25 June 2018

Jawatan Presiden UMNO: Puji Zahid Kritik KJ dan Ku Li

SHARE
Kritikan terhadap Khairy Jamaluddin
Rata-rata pembual kedai kopi tidak yakin Khairy Jamaluddin akan memenangi jawatan Presiden UMNO pada pemilihan kali ini.

Walaupun ada hujah mengatakan Khairy tidak pernah mengkhainati UMNO namun peristiwa panas ketika bapa mertuanya dipilih rakyat bagi jawatan Perdana Menteri ketika itu menjadi tolak ukur bagi perwakilan.

Hujah pembual kedai kopi juga menyentuh cadangan Khairy supaya UMNO dibuka keahlian kepada semua kaum dilihat sebagai satu pembaharuan idea orang muda, namun dilihat sebagai penghalang besar untuk Khairy memenangi jawatan Presiden UMNO kerana rata-rata perwakilan tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Pembual kedai kopi juga menyentuh tentang kegagalan Khairy dan orang bawahanya menjinakkan golongan muda kearah UMNO dilihat sebagai penyebab utama Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berjaya mengalahkan pencabar lain.

Walau bagaimanapun ada juga dikalangan perwakilan bersetuju dan menyatakan akan memilih Khairy untuk jawatan presiden, begitu pun tidak mudah bagi Khairy untuk menduduki kerusi itu memandangkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Tengku Razaleigh Hamzah lebih berpengalaman.

Kritikan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah

Pembual kedai kopi juga menyentuh Tengku Razaleigh (Ku Li), kata mereka,' ada pihak bersungguh-sungguh mahu Ku Li menang untuk jawatan Presiden UMNO tanpa mengambil kira sejarah panjang kejatuhan BN di Kelantan ketika Ku Li menerajui Semangat 46 yang ditubuh pada 1988 selepas tewas kepada Mahathir Mohamad pada pemilihan 1987.

Ada juga pembual kedai kopi mengaitkan dengan sikap Ku Li yang sering tidak hadir ke Parlimen dan Perhimpunan Agung UMNO. Sedangkan UMNO memerlukan seorang pemimpin yang aktif di semua peringkat negeri demi pembaharuan selepas Barisan Nasional bukan lagi parti pemerintah negara ini. Untuk bangkit dari kegagalan UMNO perlu pemimpin agresif dalam semua hal bagi memupuk kepercayaan sekali gus sebagai pembangkang yang digeruni.

Pembual kedia kopi juga persoal, dimana asas yang dikatakan Ku Li sebagai orang layak berdepan dengan Mahathir sedangkan beliau sendiri dilihat lemah untuk bersuara dalam banyak pekara terutamanya berkaitan Projek ECRL ketika di hentam golongan PH ketika siri kempen PRU14.

Kritikan terhadap Zahid Hamidi
Penulis berpendapat, pembual kedai kopi tidak banyak kritik Zahid sebaliknya memberi ulasan bahawa mantan Timbalan Perdana Menteri itu adalah sebagai yang layak untuk menduduki kerusi utama dalam UMNO.

Pembual kedai kopi kata, Zahid dilihat layak bukan sahaja berdasar pengalaman pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, sebaliknya beliau juga menjalankan tugas-tugas presiden, dan sekarang memikul tanggungjawab sebagai pemangku presiden parti.

"Zahid perlu lebih tegas menjalankan tugas Presiden UMNO jika beliau menang, jangan pula cakap tak serupa bikin, wujudkan undang-undang dalam parti supaya pemimpin UMNO tidak mudah melompat parti terutamanya dikalangan wakil rakyat".

" Zahid juga diharap mengutamakan UMNO dengan mewujudkan tembok pertahanan yang lebih kuat untuk wadah orang Melayu bukanya mewujudkan penyokong untuk mempertahankan kedudukan peribadi".

" Diharap Zahid dapat membaiki kelemahan dalaman UMNO jika berjaya menduduki kerusi presiden. Zahid juga diharap dapat membaiki kelemahan diri yang mana rata-rata tidak setuju diatas beberapa pekara, kata pembual kedai kopi.

Akhir Kata
PENDAPAT PENULIS-Semua pembual kedia kopi yang berborak dengan penulis mungkin penyokong Zahid Hamidi sebab itulah mereka kritik Khairy Jamaluddin dan Ku Li.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers