Sunday, 24 June 2018

Kos ECRL Boleh Buat Satu Lagi Projek Kereta Api Seluruh Semenanjung

SHARE
Menurut satu artikel bertajuk "KOS ECRL MAHAL, BOLEH BUAT SATU LAGI PROJEK KERETA API SELURUH SEMENANJUNG" oleh YB Lee Chean Chun ADUN Semambu - boleh rujuk di url-https://www.facebook.com/PakatanHarapanRasmi/photos/a.725275934302918.1073741828.725215580975620/740662819430896/?type=3 ( 27 Mac 2017)

Dalam artikel itu, Lee Chean Chun menyentuh kos Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang mula dibina pada 2017 dan dijangka siap pada 2024 terlampau tinggi. Beliau merujuk apa yang dilapor Sarawak Report, bahawa kos sebenar projek ECRL hanyalah RM27 bilion bukanya RM55 bilion seperti yang diumumkan kerajaan sebelum ini.

Menurut artikel yang disiarkan di FB seperti url di atas, Sarawak Report dakwa kosnya sengaja ditingkatkan bertujuan mengumpul dana bagi membayar hutang-hutang 1MDB.

Bagaimanapun, Pakatan Harapan (PH) yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lepas mengambil keputusan untuk mengkaji semula projek ECRL kerana kosnya yang mahal dan rata-rata penyokong PH berharap kos Projek ECRL lebih rendah bagi membuktikan kerajaan sebelum ini cuba menipu rakyat.

Akhirnya Projek ECRL yang dicadangkan pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan kos RM70 bilion meningkat RM15 bilion.

Sebelum memerintah 100% pemimpin PH melaungkan Projek ECRL yang akan memberi sejuta nikmat kepada negeri di pantai timur terlalu mahal malah menambah hutang dan hutang itu di pikul rakyat sampai mati.

Umumnya masih ramai tahu sama ada secara samar atau sebaliknya, ketika berdakyah mereka dari PH menyatakan kepada umum, Projek ECRL sejauh 600 kilometer secara kasarnya menelan belanja RM92 juta bagi setiap kilometer (per kilometer). Mereka membandingkan projek kereta api paling sukar dibina, Yi Chang-Wanzhou Railway hanya RM36 juta per kilometer.

Kali ini mereka dari PH mahu ambil contoh darimana pula untuk mententeramkan kemarahan rakyat dengan peningkatan kos sebanyak RM15 bilion.

Sarawak Report kitab rujukan PH perlu menjelaskan kepada warga negara ini peningkatan kos Projek ECRL sebanyak RM15 bilion untuk bayar hutang siapa, syarikat mana?, kerana semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak Report dakwa kosnya sengaja ditingkatkan bertujuan mengumpul dana bagi membayar hutang-hutang 1MDB.

Peningkatkan kos Projek ECRL sebanyak RM15 bilion membuktikan dengan men-zerokan kutipan GST tidak mampu mengurangkan kos pembinaan disebabkan kerajaan PH yang dipimpin Mahathir berfikir jauh kebelakang dengan mengutamakan kekayaan kroni.

Nampaknya dengan kos Projek ECRL RM70 bilion tiga kali rakyat mati belum tentu hutang itu habis dibayar.

.........................................
KOS ECRL MAHAL, BOLEH BUAT SATU LAGI PROJEK KERETA API SELURUH SEMENANJUNG

Saya mengambil maklum perkembangan terbaru dalam jawapan bertulis Jabatan Perdana Menteri (JPM) bahawa Kerajaan China telah mengemukakan tawaran pakej kewangan yang menarik dan memberi kelebihan kepada Malaysia dalam pelaksanaan Projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion.

1. Bagi saya kos ECRL yang akan dibina mulai Julai 2017 dan dijangka siap pada 2024 ini terlampau tinggi. Sedangkan pada 26 Julai lalu, laman pendedah maklumat Sarawak Report (SR) telah melaporkan bahawa kos sebenar projek berkenaan hanyalah RM27 bilion. Namun SR mendakwa kosnya sengaja ditingkatkan bertujuan mengumpul dana bagi membayar hutang-hutang 1MDB.

Pendedahan SR itu dilengkapi 'leaked documents' yang menunjukkan anggaran kos projek serta memaparkan jadual pembayaran hutang 1MDB. Dalam hal ini timbul persoalan, adakah rakyat Malaysia dipaksa berhutang dengan bank China bagi menutup hutang 1MDB?

2. Projek tersebut yang menghubungkan Lembah Klang dengan Kuantan, Pahang sehingga ke Terengganu serta Tumpat di Kelantan dianggarkan sejauh 600 kilometer. Jika kos ECRL dikaji secara kasar, yang mana RM55 bilion dibahagikan kepada 600 kilometer maka kos per kilometer adalah bersamaan dengan RM92 juta.

Sedangkan kos pembinaan landasan paling mahal adalah RM36 juta per kilometer (projek kereta api paling sukar dibina, Yi Chang-Wanzhou Railway). Sekiranya anggaran itu digunakan kepada ECRL maka kerajaan boleh membina 1,527 kilometer atau 2.5 kali ganda lebih panjang daripada projek asal.

Dengan ini, kerajaan tidak perlukan ECRL dan projek keretapi laju ke Singapura (HSR). Dengan baki lebihan bajet itu juga kerajaan mungkin boleh menaiktaraf servis KTMB.

3. Projek ECRL juga menimbulkan beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan Malaysia berhubung lantikan kontraktor dan sub kontraktor yang diragui dipilih dalam kalangan syarikat tempatan.

Juga, apakah jaminan kerajaan bahawa pekerja-pekerja projek ini adalah warga tempatan? Adakah benar pekerja asing dari China akan dibawa masuk semata-mata kerana kos buruh yang lebih murah?

4. Sehubungan itu, saya bercadang merangka satu polisi mengenai pengangkutan awam sebagai alternatif kepada projek-projek BN yang menggunakan kos melampau.

Mengikut pandangan Pakatan Harapan, bajet besar yang digunakan BN tersebut membolehkan negara membangunkan industri pengangkutan awam bersepadu yang meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Selain itu, Pakatan Harapan juga komited untuk meningkatkan peratusan perbelanjaan pembangunan (termasuk pengangkutan awam) dalam Bajet Kerajaan Persekutuan sekiranya memerintah selepas pilihan raya umum ke 14 kelak.

YB Lee Chean Chung
ADUN Semambu

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers