Thursday, 7 June 2018

KPN: Jamal Yunos ada di Indonesia, lari guna jalan tikus

SHARE
Ketua polis negara memaklumkan Datuk Seri Jamal Md Yunos mungkin lari ke Indonesia menggunakan jalan tikus.

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata siasatan mendapati ketua gerakan Baju Merah itu memang berada di sana, lapor Kosmo!.

“Hasil risikan pihak polis mendapati Jamal berada di Indonesia dan saya sudah menulis surat kepada pihak berkuasa Indonesia untuk membantu kita mengesan dia (Jamal),” katanya.

“Kita juga tidak menolak kemungkinan Jamal keluar dari negara menggunakan laluan tikus berikutan pihak migresen tidak mempunyai rekod dia meninggalkan negara tempoh hari”.

Mengumumkan bertanding sebagai calon ketua Pemuda Umno pada 3 Jun lalu, Jamal gagal dikesan sejak hilang pada 25 Mei 2018.

Dalam rakaman video di sebuah ladang kepala sawit pada 30 Mei lalu, beliau memohon kerajaan memberi perlindungan kepadanya.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers