Sunday, 3 June 2018

Ku Li belum buat keputusan

SHARE
GUA MUSANG: Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah sedang menimbang sama ada akan bertanding jawatan Presiden Umno pada pemilihan tertinggi parti itu selepas menerima sokongan bagi mengisi jawatan berkenaan.

Beliau mengakui jawatan itu mempunyai tugas yang amat besar dan perlukan masa untuk memikirkannya sebelum membuat keputusan muktamad demi kebaikan Umno yang kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

"Kekalahan itu bukan bermaksud parti sudah lemah. Masih kuat dan menerima sokongan serta sanjungan sebahagian besar rakyat negara ini.

"Kami masih kuat dan berbisa dalam erti kata memperjuangkan nasib semua bangsa," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Umno Bahagian Gua Musang di sini, malam tadi.

Tengku Razaleigh, 81, yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang dan Anggota Parlimen Gua Musang berkata perkara lebih penting ialah mempertahankan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak keistimewaan orang Melayu.

Beliau berkata rakyat tidak perlu khuatir kerana Umno akan dipimpin dengan cara bijaksana supaya orang Melayu tetap mempunyai suara besar dan didengari.

Beliau turut berharap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat kerjasama semua pihak bagi memudahkannya mentadbir negara ini. - BERNAMA
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers