Saturday, 9 June 2018

Lantik Bekas Ahli UMNO Sebagai Penasihat Khas MB Perak Bukti Orang PH Kurang 'Cerdik'

SHARE
MB Perak Ahmad Faizal Azumu 
PELANTIKAN bekas pemimpin Umno sebagai penasihat khas menteri besar Perak bertaraf exco di pertikai kumpulan Otai Reformis 98.

Dipercayai pertikaian ini bukan sahaja disuarakan Otai Reformasi 98 malah penyokong PH bawahan juga turut tidak berpuas hati.

Sebelum ini Dr Syed Husin Ali yang juga salah seorang pemimpin pelopor PKR memberi amaran kepada Pakatan Harapan (PH) tentang menerima wakil rakyat Umno, mengatakan penghijrahan besar-besaran pemimpinnya boleh berlaku di tengah-tengah spekulasi pendaftaran parti Melayu itu bakal dibatalkan.

Syed Husin juga berkata, dia khuatir dengan laporan beberapa wakil rakyat Umno diterima masuk dengan “mudah”.

Menurut Naib Pengerusi Amanah Perak Dr Muhaimin Sulam, Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak walaupun bersikap terbuka atas kemasukan beramai-ramai terutamanya bekas para pemimpin dan pengikut Umno ke dalam Pakatan Harapan (PH) namun menolak ahli parti itu yang bobrok dan tidak bermoral.

Adun Sungai Manik,
Datuk Zainol Fadzi Paharudin
Setiausaha Otai Reformis 98, Akhi Nosa Iskandar menyifatkan tindakan Ahmad Faizal Azumu melantik Datuk Zainol Fadzi Paharudin sebagai “mengkhianati perjuangan” kumpulan itu menentang Umno dan Barisan Nasional (BN) sejak 1998, lapor Malaysiakini.

Pelantikan Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin sebagai penasihat khas menteri besar Perak dipercayai akan menerima bantahan hebat dikalangan Otai Reformis 98 berikutan penegasan kumpulan itu untuk Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu memberi penjelasan dalam tempoh seminggu.

Sekiranya gagal diberikan penjelasan maka Otai Reformasi 98 dan penyokong Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan himpunan protes di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Pelantikan Datuk Zainol Fadzi Paharudin sebagai penasihat khas menteri besar Perak bertaraf exco membuktikan Pakatan Harapan tiada yang cerdik dan berkebolehan kecuali bekas ahli Umno.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

2 comments:

  1. https://viralnews56.blogspot.com/2018/06/patut-buktikan-rm26-bilion-hasil-curi.html

    Mohon baca blog saya,

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, saya baru sebentar telah kunjungi blog anda...

      Delete

Google+ Followers