Monday, 25 June 2018

Mark Adam 'cuti' nyanyi

SHARE
KUALA LUMPUR: Mark Adam mengumumkan berehat sementara daripada dunia nyanyian bagi memberi perhatian kepada bidang lakonan.

Mark atau nama penuhnya, Fikri Mark Adam, 39, memberitahu, tahun ini, dia mahu fokus kepada dunia lakonan selain menjayakan program televisyen (TV).

"Syukur alhamdulillah, tahun ini, rezeki saya dalam bidang lakonan mencurah-curah. Saya tak boleh buat semua benda serentak, jadi saya buat keputusan fokus kepada bidang lakonan.

"Tidak kisah jika saya lebih dikenali sebagai pelakon... Saya percaya semuanya adalah rezeki.

"Apa saja yang datang, saya cuba lakukan dengan terbaik. Ini kerana bidang seni adalah tempat saya cari makan," katanya kepada BH Online.

Ketika ini, Mark yang berasal dari Filipina, sedang menjalani penggambaran Bikin Filem dan program I Can See Your Voice Malaysia.

Bagaimanapun, Mark yang muncul juara Super Bintang Bersama Bintang (SBBB) 2018, tidak mengetepikan bidang nyanyian.

Malah, Mark berkata, dia sedang dalam proses merakamkan beberapa single untuk dilancarkan, tahun depan.

"Tahun depan, saya akan kembali dengan single baharu antaranya lagu 'rojak' yang menampilkan Bahasa Melayu dan Tagalog dari Filipina... Saya harap semua peminat sabar menanti," kata Mark yang popular dengan lagu Pencuri ini.

Kali terakhir, Mark melancarkan single So Fine, kira-kira tiga bulan lalu.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers