Friday, 22 June 2018

Najib tidak salahkan ahli lembaga 1MDB

SHARE
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak menyalahkan ahli lembaga 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mengenai apa yang berlaku terhadap dana pelaburan itu.

Jurucakap Najib dalam satu kenyataan hari ini, berkata dalam wawancara Najib dengan Reuters yang dipetik media tempatan, ada yang melaporkan bekas Perdana Menteri itu menyalahkan ahli lembaga berhubung skandal 1MDB dan mereka bertanggungjawab memaklumkan kepadanya jika ada yang tidak betul.

Najib ingin menjelaskan bahawa semasa wawancara itu, apa yang beliau katakan adalah, mana-mana ahli lembaga mempunyai kewajipan dan amanah untuk bertindak demi kepentingan terbaik dan ahli lembaga 1MDB mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk menasihatinya mengenai dana pelaburan itu.

Beliau, tidak pada bila-bila masa dalam wawancara terbabit, mengatakan ahli lembaga 1MDB harus dipersalahkan atas apa yang berlaku.

Tambah jurucakap terbabit, Najib akan membuat penjelasan lanjut berhubung isu berkaitan pada masa yang sesuai.

Wawancara bersama Reuters semalam, yang dilaporkan oleh media tempatan, memetik Najib berkata bahawa beliau tidak sepatutnya dipersalahkan dalam skandal 1MDB.

Beliau juga dipetik berkata, penasihat, pengurusan dan ahli lembaga 1MDB tidak sepatutnya menyembunyikan mengenai penyelewengan dana berkenaan daripadanya.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers