Wednesday, 6 June 2018

Nor Shamsiah dijangka ketuai BNM, kata laporan

SHARE
KUALA LUMPUR, 6 Jun — Media Malaysia menjangka Nor Shamsiah Mohd Yunus menjadi gabenor baru Bank Negara Malaysia (BNM) berikutan penyandang Datuk Muhammad Ibrahim ditawar meletak jawatan.

Mengikut The Edge Financial Daily yang memetik sumber, bekas timbalan gabenor itu ditawar jawatan tersebut tetapi belum membuat keputusan, lapor Bloomberg News.

Nor Shamsiah dan Muhammad adalah timbalan ketika gabenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Pegawai BNM dan kementerian kewangan buat masa ini tidak dapat memberikan maklum balas.

Butiran lanjut mungkin diperoleh selepas taklimat hasil mesyuarat kabinet yang dipengerusikan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers