Rabu, 6 Jun 2018

Peguam: Pisah pendakwaan, peguam negara perlu undi dua pertiga

SHARE
KUALA LUMPUR, 6 Jun — Pakatan Harapan (PH) memerlukan undi dua pertiga di parlimen untuk memisahkan Pejabat Pendakwaraya Negara daripada Pejabat Peguam Negara.

Peguam Syahredzan Johan berkata janji 15 dalam manifesto PH tidak boleh dibuat selagi pindaannya tidak diluluskan, lapor Astro Awani.

“Janji 15 itu masih belum boleh dilaksanakan kerana Pakatan Harapan hanya mempunyai majoriti mudah tetapi tiada dua pertiga dalam Dewan Negara.

“Mereka perlu mendapatkan persetujuan daripada pihak pembangkang untuk meneruskan pindaan ini dan sekiranya mereka bersetuju, barulah ia boleh dilaksanakan,” katanya dalam rancangan temu bual di stesen televisyen itu.

PH pada pilihan raya umum lalu menggariskan lima teras, merangkumi 60 janji untuk dilaksanakan jika berjaya mentadbir Putrajaya.

Janji 15 termasuk dalam teras dua iaitu mereformasi institusi pentadbiran dan politik.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers