Sunday, 3 June 2018

Pelakon kritik Khairy isu tabung THM untuk tunda janji 100 hari

SHARE
KUALA LUMPUR, 3 Jun — Seorang pelakon mengkritik kenyataan Khairy Jamaluddin yang mendakwa Tabung Harapan Malaysia (THM) hanya alasan menunda janji manifesto.

Mengulas kenyataan ketua Pemuda Umno itu, Farouk Hussain, 51, berkata tabung itu tidak ada kena-mengena dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

“Tolonglah jangan kelirukan rakyat. Ia amat teruk,” kata pelakon “Anak Mami The Movie” dalam Instagram peribadinya semalam.

“Jika rakyat putuskan untuk menderma, itu hak kami, ia adalah keputusan rakyat. Anda tiada hak bersuara atas keputusan rakyat.”

Jumaat lalu, bekas menteri itu menyifatkan THM sebagai usaha untuk melengahkan pelaksanaan manifesto 100 hari seperti dijanjikan PH.

“Pemuda Umno tidak menghentam tabung itu kerana rakyat tidak dipaksa menderma untuk mengisinya, namun mesti jelaskan kenapa perlu ada tabung ini,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Tambanya, pergerakan itu melihat THM hanya “naratif” PH untuk menyusun semula janji mereka dengan alasan hutang negara yang besar.

Sejak ia diwujudkan Rabu lalu, THM mendapat sumbangan lebih RM18 juta pada hari kedua. Penggiat seni juga dilaporkan menyumbang kepada tabung itu.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers