Saturday, 2 June 2018

Pemuda UMNO tolak cadangan bergabung dengan PAS

SHARE
UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu menjadi pembangkang yang berwibawa, bukan membangkang secara membuta tuli, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, Pemuda UMNO menolak cadangan supaya parti Melayu itu bergabung dengan PAS secara rasmi.

“Dengan PAS ini saya tidak setuju bergabung secara rasmi, kita akan berkerjasama dan lihat isu bukan sahaja PAS tapi mana-mana parti termasuk dalam kerajaan.

“Sekarang Malaysia baru, dan kita lihat kepada isu. BN tidak akan jadi pembangkang yang hanya nak bangkang sahaja,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebelum ini berkata, kedua-dua parti itu perlu bergabung pemikiran dan tenaga untuk mewujudkan satu blok baharu yang kuat, yang berperanan menjaga kepentingan Melayu.

Beliau berkata, walaupun UMNO dan PAS mempunyai kaedah politik berbeza, kedua-duanya mempunyai persamaan dalam memperjuangkan hak Melayu dan Islam.

Tajuddin berkata, gabungan itu diyakini boleh memberi cabaran besar kepada kerajaan Pakatan Harapan dan penyokongnya yang sejak akhir-akhir ini mula berani menyuarakan desakan yang didakwanya sebagai menghina orang Melayu.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers