Saturday, 2 June 2018

Peniaga diingatkan tidak ambil kesempatan perubahan kadar GST

SHARE
TAIPING, 1 Jun: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Cawangan Taiping mengingatkan peniaga agar tidak mengambil kesempatan membuat keuntungan berlebihan susulan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifat peratus mulai hari ini.

Ketua Cawangannya Mohd Kamarol Mat Nor berkata tindakan penguatkuasaan akan dipertingkat dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang mengeksploitasikan keadaan untuk menaikan harga secara tidak munasabah.

“Kami memberi perhatian serius dan sentiasa mengambil langkah wajar bagi memastikan harga barangan dalam negara berpatutan demi kesejahteraan pengguna,” kata kepada pemberita selepas Op Catut 4.0 di sebuah pusat membeli belah di Kamunting dekat sini, hari ini.

Op Catut 4.0 itu disertai 17 pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK), kastam dan Majlis Perbandaran Taiping memberi tumpuan kepada tindakan terhadap ketidakpatuhan ke atas undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kementerian.

Kamarol berkata pihaknya tidak menafikan berlaku kenaikan dan penurunan harga beberapa barangan kesan daripada beberapa faktor seperti permintaan dan penawaran, fenomena alam seperti kemarau dan banjir, pertukaran mata wang asing selain kos operasi.

“Walau bagaimanapun, tempoh peralihan selama satu bulan bermula pada 1 Jun 2018 hingga 30 Jun 2018 diberikan kepada peniaga bagi tujuan penyelarasan tanda harga bagi barangan dan caj bagi perkhidmatan yang dipamerkan untuk jualan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya turut membuka Bilik Gerakan yang beroperasi dari 9 pagi hingga 10 malam mulai hari ini bertujuan memudahkan pengguna membuat aduan dan pertanyaan berkaitan penetapan GST pada kadar sifat peratus.–Bernama

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers