Wednesday, 6 June 2018

Peniaga simbah minyak panas pada anggota DBKL ditahan

SHARE
KUALA LUMPUR, 6 Jun — Seorang peniaga keropok lekor ditahan kerana menyimbah minyak panas terhadap penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

DBKL sedang menyita barangan milik peniaga tidak berlesen itu sebelum minyak di kuali terpercik kepada isterinya hingga berlaku pergelutan jam 11.20 malam kelmarin.

“Lelaki itu yang berang dengan insiden itu kemudian bertindak menyimbah minyak panas dalam kuali terbabit dan terkena bahagian leher dan tangan kiri saya,” kata penguat kuasa Mohd Irwan Sarip.

Beliau berkata sitaan dibuat berikutan DBKL menerima aduan gerai peniaga tersebut menghalang laluan orang ramai.

“Saya kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. Lelaki itu juga ada mengugut kami dengan memberitahu dia tidak berpuas hati dan akan mencari kami sebaik dibebaskan nanti,” katanya.

Peniaga itu turut cedera di kepala akibat bergelut dengan penguat kuasa lain sebelum dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Mengesahkan penerimaan laporan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shahrudin Abdullah berkata kes disiasat bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers