Tuesday, 5 June 2018

Penjawat Awam Pro BN Mungkin Ditekan

SHARE
KEBODOHAN apa yang ada dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) sehingga sanggup mempersoalkan kesetian penjawat awam pro Barisan Nasional.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoal kesetiaan penjawat awam yang berkempen untuk BN pada pilihan raya, 9 Mei.

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun pada Ahad pula bertegas akan mengenal pasti pegawai kerajaan menyokong BN semasa pilihan raya.

Semasa BN memerintah Mahathir dan Aminuddin patut tahu besar peratusan penjawat awam tidak sokong kerajaan.

Kerajaan PH nampaknya sedar dengan segala hasutan dan janji sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 akan menerima balasan setelah gagal tunai janji seratus hari, apa yang dilakukan hanya sambung yang telah dilakukan kerajaan dahulu.

Jasa terbesar PH kepada rakyat setak ini hapus beberapa agensi yang menyebabkan ribuan rakyat hilang mata pencarian.

Secara tidak langsung, penjawat awam pro BN akan ditekan dari masa ke semasa dan tidak mustahil kezaliman itu akan berlaku.


"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers