Ahad, 3 Jun 2018

Penyokong bertanjak lawat Najib, mahu ucap terima kasih

SHARE
KUALA LUMPUR, 3 Jun ― Datuk Seri Najib Razak hari ini menerima kunjungan empat penyokongnya yang berpakaian tradisi Melayu, termasuk bertanjak.

Lelaki berbaju T putih dan bersamping itu yang berjalan bersama wanita berkebaya hitam dilihat masuk ke kediaman bekas perdana menteri itu di Langgak Duta.

Mereka enggan mendedahkan identiti sewaktu ditanya petugas media di situ, sebaliknya menjelaskan hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada Najib.

“Beliau telah banyak berjasa kepada negara, terutama dalam bidang seni, kami datang untuk mengucapkan terima kasih kepadanya,” kata seorang daripada mereka.

Selain empat penyokong itu, sebuah BMW kelabu yang dinaiki Datuk Ahmad Johari Razak, adik pertama Najib, dilihat turut memasuki kawasan kediaman itu.

BMW itu bukan pertama kali berkunjung ke rumahnya di Taman Duta itu.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers