Selasa, 5 Jun 2018

Permohonan sambung 2 anggota STAGG dibatal

SHARE
PUTRAJAYA, 4 Jun: Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini membatalkan permohonan sambung reman yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dua pegawai Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman.

Perintah tersebut dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas pihak SPRM memohon untuk menyambung tempoh kedua-dua suspek berkenaan.

Kedua-dua pegawai kanan polis itu sebelum ini direman empat hari mulai Jumaat lalu untuk siasatan selepas ditahan SPRM Khamis lepas bersama wang tunai secara keseluruhannya kira-kira RM1.5 juta.

Dalam serbuan kira-kira 1 petang Khamis lepas, kedua-dua pegawai berkenaan ditahan di sebuah kedai membaiki kereta di Subang Jaya bersama wang tunai, RM341,000.

Menurut sumber, penahanan kedua-dua pegawai yang masing-masing berpangkat Asisten Komisioner dan Asisten Superintendan itu turut membawa kepada rampasan beberapa kereta mewah serta sejumlah wang tunai di sebuah kondominium milik seorang suspek dan di pejabat STAGG di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.-Malaysian Times

Kes disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.–Bernama
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers