Monday, 4 June 2018

Selangor beri penjawat awam sebulan gaji untuk Aidilfitri

SHARE
PETALING JAYA, 4 Jun ― Seramai 17,109 kakitangan awam kerajaan Selangor bakal menerima bantuan khas sebulan gaji sempena Aidilfitri.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata 755 kakitangan awam Persekutuan dari tujuh agensi di negeri ini turut terima bantuan khas RM1,000 seorang, lapor Bernama.

Beliau yang juga menteri hal ehwal ekonomi berkata bantuan khas tersebut akan dibayar 25 Jun ini.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers