Thursday, 7 June 2018

Selepas jumpa BN, parti utama Sarawak tinggal BN

SHARE
KUALA LUMPUR, 7 Jun ― Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti terbesar yang mentadbir Sarawak dijangka keluar Barisan Nasional (BN).

Presidennya menyatakan hasrat itu kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 31 Mei lalu, lapor The Malaysian Insight memetik sumber.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg juga akan menyokong Pakatan Harapan (PH) dalam hal melibatkan kepentingan Sarawak dan Malaysia.

Ketua menteri Sarawak itu kemudian dilaporkan berjumpa pemangku presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi di sini namun dipujuk supaya kekal dalam BN.

“Zahid memberitahu Abang Jo bahawa BN akan hancur jika PBB keluar,” kata sumber dipetik.

PBB yang mempunyai 19 kerusi parlimen, memberi alasan bimbang kalah pilihan raya negeri 2021 jika terus berada dalam BN yang terpalit skandal rasuah, lapor portal itu lagi.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers