Sunday, 24 June 2018

Semua calon kita sokong menang - Ku Li

SHARE
KUANTAN: Keputusan pemilihan sayap UMNO semalam dilihat mampu memberi nafas baharu kepada parti itu untuk meneruskan perjuangannya.

Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata beliau gembira kerana ramai calon yang disokong pihaknya menang pemilihan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri.

"Semua yang menang (dalam pemilihan sayap) adalah yang kita sokong.

"Insya-Allah ia mampu memberi nafas baharu kepada parti," katanya ditemui selepas majlis ramah mesra UMNO Pahang bersama Tengku Razaleigh di Wisma Belia, Indera Mahkota, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Hingga jam 2 petang tadi, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sudah disahkan menang jawatan Ketua Pemuda UMNO manakala Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan menang jawatan Ketua Puteri UMNO.

Asyraf Wajdi menewaskan tujuh calon lain antaranya Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Khairul Azwan Harun dan Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Shahar Abdullah.

Zahida pula menewaskan Exco Puteri UMNO, Hazreena Hashim.

Dalam pada itu, Tengku Razaleigh yang akan bersaing dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Khairy Jamaluddin dan dua individu lagi pada pemilihan Ahad ini (30 Jun) menganggap peluangnya sebagai 'menggalakkan' berdasarkan kepada pertemuannya dengan ahli UMNO di tiga negeri.

"Saya sudah bertemu dengan ahli di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Pahang, setakat ini agak 'menggalakkan' lebih daripada itu saya tidak berani hendak kata.

"Selepas ini saya akan Terengganu untuk bertemu ahli-ahli di sana," katanya yang juga Ahli Parlimen Gua Musang.-Berita Harian
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers