Tuesday, 5 June 2018

Shahar calon Ketua Pemuda UMNO

SHARE
Badan Perhubungan Pemuda UMNO Pahang sebulat suara mencalonkan Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd. Shahar Abdullah sebagai calon Ketua Pemuda dalam pemilihan parti kali ini.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Pahang, Mohd. Zamri Abdul Rahim berkata, keputusan itu dicapai selepas mengadakan mesyuarat hari ini.


“Semoga mendapat pertimbangan dan sokongan daripada sahabat-sahabat sekalian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Antara nama lain yang turut bertanding jawatan yang sama adalah Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun; bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos.

Selain itu, Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam turut disebut-sebut mahu menawarkan diri bertanding merebut jawatan tersebut.

Mohd. Shahar berjaya meraih sebanyak 19,033 undi menewaskan calon Pas, Mohamad Azhar Mohd. (13,291 undi) dan calon PPBM yang menggunakan logo PKR, Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir (11,776 undi) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pada 31 Mei lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pemilihan kali ini dilaksanakan melalui konsep terbuka tanpa perlu melalui pihak lain. - UTUSAN ONLINE
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers