Tuesday, 5 June 2018

Siapa Wakil Rakyat BN Akan Lompat Parti?

SHARE
Mungkin tidak benar khabar seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) seperti dilapor portal berita atas talian hari ini.

Kiranya benar ia adalah satu pengkhianatan nyata kerana kemenangan wakil rakyat BN tersebut daripada hasil pemilih berdaftar yang mahu mempertahankan kedudukan parti dalam apa jua situasi.

Pengerusi PPBM negeri , Marzuki Yahya berkata PPBM mengalu-alukan penyertaan mana-mana ahli parlimen, Adun atau ahli politik ke dalam PPBM, setakat ini beliau enggan menyatakan siapa wakil rakyat BN tersebut.

Pada pilihan raya umum ke-14, BN menang dua kerusi iaitu Permatang Berangan (Nor Hafizah Othman) dan Sungai Dua (Muhamad Yusoff Mohd Noor).

Antara dua nama itu siapa sebenarnya akan jadi pengkhianat amanah pemilih berdaftar yang mengundi mereka berdua.

Namun, dua wakil rakyat tersebut menafikan mereka menyertai PPBM, sebaliknya setia bersama perjuangan Umno dan BN.-Sila Rujuk PROJEKMM
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers