Wednesday, 6 June 2018

SPRM cari dua individu bantu siasatan kes SRC International

SHARE
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua individu yang dipercayai telah melarikan diri ke luar negara bagi membantu siasatan kes SRC International Sdn. Bhd.

SPRM dalam kenyataan berkata, individu berkenaan dikenali sebagai Mohamed Redzuan Adamshah, 43, dengan alamat terakhir di Brickfields di sini.

Seorang lagi individu dikenali sebagai Toh Lean Seng, 45, dengan alamat terakhir di Jalan Tun Razak, di sini.

Sehubungan itu, SPRM meminta sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu tersebut menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Rosli Husain di talian 03-8870 0529 atau 010-3187 757 atau e-mel kepada roslihusain@sprm.gov.my. - Bernama
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers