Tuesday, 5 June 2018

Tidak Tunai Janji Bukan Dasar Islam

SHARE
Dasar yang tidak bertentangan dengan agama Islam yang mahu dilaksanakan di negara ini dilihat sebagai satu usaha murni yang harus diterima oleh semua masyarakat bukan sahaja penganut Islam malah lain-lain anutan juga patut menerima secara terbuka kerana Islam adalah adil.

Apakah dasar yang dimaksudkan? patut diberi pencerahan seluas-luasnya supaya rakyat memahami dasar-dasar yang mahu dilaksanakan agar tidak timbul kekeliruan dibelakang hari.

Islam mengajar penganutnya supaya melaksanakan dasar Islam bermula didalam keluarga atau didalam rumah dengan mendidik keluarga kearah Islam sebenar, supaya jati diri tidak dizahirkan dengan cara memeluk anjing, pakai pakaian seksi, tidak menutup aurat dan juga tidak bekerja di tempat berpendapatan diharamkan Islam dan seterusnya memiliki saham dalam mana-mana tempat yang menghasilkan sesuatu yang haram.

Gagal mendidik keluarga kearah Islam seperti diperintah Allah dan Rasul melalui 11 dasar iaitu 5 rukun Islam, 6 rukun iman pemerintah keluarga masih belum sepenuhnya berjaya tanam atau laksanakan dasar itu kepada keluarganya.

Manusia selalunya bersikap penuh perhatian dalam melaksanakan tuntutan mencari sumber rezeki asal tidak mengambil sesuatu bukan hak ia dikatakan halal, walhal keperihatinan itu tidak dilunas secara benar seperti kehendak Islam.

Islam juga menuntut penganutnya sama ada pemimpin negara, masyarakat keluarga atau individu supaya melaksanakan janji-janjinya, kerana tuntutan tunai janji seperti hutang yang wajib dibayar.

Merasakan kepimpinan beliau lebih baik daripada orang lain dengan mengatakan pemimpin terdahulu mendakwa, mereka melindungi agama Islam dan telah mendirikan sebuah kerajaan Islam di negara ini, namun hakikat sebenarnya perbuatan yang dilakukan bertentangan dengan ajaran Islam adalah satu sikap untuk menampakkan urusan pemimpin sekarang lebih baik.

Mana mungkin manusia sama ada pemimpin atau bukan pemimpin memberi jaminan tidak akan lakukan sesuatu bertentangan dengan Islam sedang manusia sering melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak.

Usaha untuk tidak melanggar aturan Islam adalah usaha murni yang patut dipuji, namun Islam juga tidak menggalakkan penganutnya membuat janji yang tidak mampu ditunaikan, kerana perbuatan itu seperti melilit rantai yang dibakar api pada leher.

Belumpun ada jasa membaiki corak pentadbiran yang dikatakan telah dirosakkan oleh kerajaan terdahulu, sibuk pula berhujah untuk menampakkan pemerintahan sekarang lebih baik dari dahulu.

Islam mengajar penganutnya supaya berusaha menjadi lebih baik agar sikap takut kepada Allah yang maha berkuasa diatas sesuatu tertanam di sanubari sehingga akhir kalam.

Mudah manabur janji tetapi tidak ditunaikan itu bukan dasar Islam dan ia tergulung dikalangan munafik. Selagi tidak ditunaikan janji yang dibuat selagi itu rantai api akan membelit leher.

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers