Sunday, 3 June 2018

Umno ini 'kucing jalanan, kena cari makan sendiri'

SHARE
3 Jun — Umno bukan lagi kucing Parsi tetapi hanya kucing jalanan yang terpaksa mencari makan sendiri, kata Datuk Seri Mohamad Hasan.

Bekas menteri besar itu berkata sukar parti itu pulih kerana sudah terbiasa makan bersuap dan duduk di dalam rumah sahaja, lapor Mingguan Malaysia.

“Kita kena ubah sikap kerana kita bukan lagi kucing parsi tetapi kita sekarang adalah kucing jalanan,” kata ahli Majlis Tertinggi Umno itu.

“Orang caci, campak kita [ibarat kucing jalanan] dengan air atau halau kita, itu satu perkara lumrah.”

Mohamad juga berkata Umno tidak mempunyai tradisi parti pembangkang dan ia akan berdepan kesukaran saat ini setelah tidak lagi menguasai Putrajaya.

“DNA Umno ukan DNA pembangkang. Itu susah sedikit,” katanya ketika ditanya cabaran parti itu dalam wawancara dengan akhbar tersebut.

Mahu bertanding sebagai timbalan presiden Umno, Mohammad berharap kekalahan pilihan raya 9 Mei lalu menjadikan pengajaran kepada parti itu.

Tambahnya, jika Umno “menyesali apa yang berlaku dan sedar apa sebab kalah”, parti itu akan mendapat keyakinan diri yang baru.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers