Monday, 25 June 2018

Wanita Arab Saudi Pertama Pandu F1

SHARE
LE CASTELLET, Perancis: Aseel Al-Hamad bakal mencatat sejarah baharu bagi wanita Arab Saudi hari ini dengan memandu kereta Formula Satu (F1) menjelang Grand Prix Perancis.

Pemanduan di litar Le Castellet itu berikutan tamatnya larangan memandu bagi wanita di jalan raya negara Teluk berkenaan.

Menurut Renault, Aseel akan memandu kereta 2012 ketika perbarisan kereta buatan Perancis yang menandakan kepulangan perlumbaan itu selepas 10 tahun tidak diadakan.

Jentera Lotus Renault E20 itu adalah yang sama digunakan oleh juara dunia 2007 dari Finland Kimi Raikkonen ketika menang di Abu Dhabi pada tahun berkenaan.

Aseel sudah mencatat nama sebagai wanita pertama menganggotai Persekutuan Permotoran Arab Saudi dan Suruhanjaya Wanita Dalam Permotoran yang dibentuk oleh badan induk F1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

Aseel memandu E20 buat kali pertama ketika hari latihan pada 5 Jun di litar itu dalam program menyesuaikan diri membabitkan beberapa model kereta.

"Saya mencintai perlumbaan dan sukan permotoran sejak usia muda dan peluang memandu kereta Formula Satu menjangkaui impian saya dan apa yang saya fikirkan munasabah," kata Aseel.

"Saya harap dengan melakukannya pada hari wanita dibenarkan memandu di Arab Saudi, ia menunjukkan apa yang mampu anda lakukan jika mempunyai minat dan semangat untuk memasang impian." - REUTERS
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers