Ahad, 3 Jun 2018

Zahid sah tanding Presiden

SHARE
Selepas menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO sejak 12 Mei lalu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memutuskan untuk bertanding jawatan tersebut dalam pemilihan parti kali ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh sumber terdekat Ahmad Zahid yang kini memegang jawatan sebagai Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti.

Menurutnya, borang pencalonan bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah dihantar ke ibu pejabat parti di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

“Datuk Seri (Ahmad Zahid) akan bertanding jawatan Presiden UMNO.

“Beliau sudah hantar borang pencalonan di ibu pejabat UMNO semalam dan menjadi individu pertama yang mengisinya,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula masih belum memutuskan jawatan yang akan ditandingi.

“Datuk Seri belum putuskan,” kata Setiausaha Akhbarnya, ­Fadzli Mohamad Kamal dalam pesanan ringkas yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp.

Tambahnya, bekas Menteri Pertahanan itu akan kembali semula ke tanah air pada minggu hadapan.

Dalam pada itu, Hishammuddin turut berkongsi beberapa keping gambarnya di Jeddah dan Madinah di akaun Twitter miliknya.

Dalam perkongsian sama, beliau menyatakan telah berada di tanah suci itu sejak 30 Mei lalu bagi me­nunaikan ibadah umrah.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/zahid-sah-tanding-presiden-1.684273#ixzz5HLY7l6Xx
© Utusan Melayu (M) Bhd
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers