Wednesday, 4 July 2018

Anak: 42 tahun Najib fikir rakyat, marilah kita fikir nasibnya

SHARE
KUALA LUMPUR, 4 Julai ― Anak Datuk Seri Najib Razak mengajak rakyat memikirkan nasib bekas perdana menteri itu yang berdepan pendakwaan di mahkamah hari ini.

“Selama 42 tahun, beliau (Najib) memikirkan rakyat sebaik bangun tidur sehingga tidur malam semula,” coret Nooryana Najwa di laman Instagram miliknya malam tadi.

“Marilah kita memikirkan tentangnya kali ini ketika beliau sangat memerlukan kita”.

Percaya Najib tabah mengharungi ranjau kehidupan, beliau berkata bapanya masih mampu tersenyum dan risaukan keadaan keluarga walau berdepan dengan pelbagai tuduhan.

“Tiada yang baik hati dan penyayang seperti beliau. Beliau memiliki lebih kekuatan mental dan emosi berbanding kita.

“Walau dalam kesukaran, beliau tetap tersenyum, tertawa dan memeluk kami.

“Kebimbangannya lebih kepada keluarga berbanding diri sendiri.”-Projekmm

Najib hari ini didakwa atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahguna jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM84 juta.

Namun, tiada pengakuan direkodkan daripada Najib selepas keempat-empat pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

1 comment:

Google+ Followers