Sunday, 1 July 2018

Keluarnya Mas Ermieyati ibarat keluarnya ketam perosak bakul

SHARE

Kejituan ahli terhadap perjuangan yang dibawa UMNO masih utuh dan padu biarpun ramai pihak beranggapan UMNO masih belum berubah dengan kegagalan bekas ketua pemuda Khairy Jamaluddin pada pemilihan presiden parti semalam.

Kekecewaan untuk merubah dan mengubah UMNO kearah lebih remaja dibawah 70 peratus pemimpin muda yang mengambil bahagian dalam merebut jawatan dipelbagai peringkat tidak kesampaian setelah kebanyakan mereka kecundang.

Kekecewaan itu dizahirkan dengan keluarnya Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin dari UMNO dan berkhidmat sebagai wakil rakyat Bebas.

Beliau berkata, kepemimpinan sedia ada masih enggan menerima kenyataan bahawa rakyat sudah menolak parti itu, sebaliknya beranggapan UMNO hanya mangsa kebencian terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semata-mata.
"Semalam adalah titik tolak bagi menentukan hala tuju parti, namun kita dapat menilai reaksi, sentimen dan sikap sebenar ahli yang masih dalam sindrom penafian.

Datuk Mas Ermieyati nampaknya seolah-olah meletakkan kegagalan orang muda menerajui UMNO ditangan kepemimpinan sedia ada yang masih enggan menerima kenyataan bahawa rakyat sudah menolak parti itu. Apakah maksud Mas Ermieyati membawa kearah pemimpin sedia ada tidak perlu bertanding?, atau memberi laluan mudah kepada pemimpin muda disemua peringkat tanpa mengambil kira kegagalan disaluran orang muda pada PRU14.

Tujuh dekad berlalu UMNO kekal sebagai parti Melayu, namun cadangan untuk membuka keahlian kepada kaum lain muncul semula selepas kekalahan pertamanya dalam sejarah pada 9 Mei lalu. Cadangan itu tidak sesuai di suarakan Khairy Jamaluddin ketika ahli masih ditekan kekecewaan selepas seminggu kekalahan Barisan Nasional (BN).

Cadangan itu bukan sahaja ditolak mentah-mentah perwakilan senior malah perwakilan junior juga ramai yang bising.
Sikap suka mencakar belakang pemimpin terdahulu oleh golongan yang diharapkan dapat menghidupkan keremajaan UMNO juga antara punca kegagalan besar golongan muda pada pemilihan 2018.

Cadangan di buka kepada semua kaum sepatutnya disuarakan setelah Khairy berjaya mengetuai UMNO selepas beberapa bulan atau selepas keadaan lebih sejuk. Ramai percaya cadangan itu akan dipertimbangkan melalui mesyuarat di semua peringkat dan penilian boleh dibuat melalui jumlah yang bersetuju dengan yang tidak.

Mas Ermieyati sepatutnya melihat kepada situasi semasa dengan lebih jelas pada awal kekalahan BN, adakah cadangan yang tidak mengembirakan ahli boleh disuarakan oleh Khairy sedangkan bara kekecewaan dan kemarahan masih lagi mampu membakar.

Usia pemimpin parti tidak menjaminkan ia mampu melakukan perubahan atau mengekalkan, ia bergantung kepada ahli dan dengan sebab itu pemimpin UMNO sedia ada masih di yakini mampu melakukan rombakkan demi parti keramat ini.

Pembaharuan bukanya datang daripada pemimpin baharu dan muda, malah pemimpin sedia ada yang lebih berusia juga mampu melakukan mengikut kehendak sesuai dengan keinginan ahli.

Keluarnya Mas Ermieyati ibarat keluarnya ketam perosak bakul dan tiada siapa yang menagis untuknya.-Berita Harian
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers