Friday, 6 July 2018

Mayat wanita dikerat 6 disumbat dalam beg

SHARE
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan mayat yang ditemui di dalam dua beg di Jalan Ipoh, semalam adalah mayat wanita yang dikerat enam bahagian.

Ketua Polis Kula Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, hasil bedah siasat kelmarin mendapati mayat wanita berkenaan tiada parut suntikan imunisasi BCG (Bacillus Calmette Guerin).

"Polis sudah mengambil kulit tapak tangan dan jari mangsa bagi mendapatkan cap jari untuk mengenalpasti identiti mangsa.

"Mayat mangsa ditemui dalam dua beg berbeza dengan jarak 20 meter dan dibalut dengan tiga lapisan iaitu lapisan pertama dibalut dengan plastik hitam kemudian cadar dan plastik berwarna hitam,"katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Mazlan berkata, mangsa dipercayai sudah mati melebihi 24 jam hingga 60 jam dari waktu bedah siasat dilakukan.

"Siasatan juga mendapati wanita yang melaporkan kejadian adalah seorang gelandangan yang berada di lokasi beg pakaian ditemui.

"Setakat ini polis sudah mengambil keterangan daripada tujuh saksi awam yang berada berhampiran lokasi. Polis juga sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (cctv) bagi mengenalpasti suspek," katanya.

Katanya, pihaknya percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dibuang ke sungai berkenaan.

"Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan untuk menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Kanan kes Asisten Superintendan Faizal Abdullah di talian 012-4834439.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers