Wednesday, 5 September 2018

#TangkapTommy!

SHARE
#TANGKAPTOMMY

Hakikat bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan kenyataan media semalam bahawa SPRM terkejut dengan keputusan Jabatan Peguam Negara menarik balik pendakwaan terhadap Lim Guan Eng, menunjukkan bahawa SPRM sebenarnya masih percaya terdapat suatu kes yang kukuh terhadap Lim Guan Eng atas tuduhan rasuah. SPRM yang menjalankan siasatan, sudah tentu SPRM lebih tahu.

Justeru, kini, SPRM sepatutnya menangkap Tommy Thomas dan menyiasat sama ada terdapat sebarang elemen salah guna kuasa oleh Tommy selaku Peguam Negara yang dilantik oleh pentadbiran Kerajaan PH.

Di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), pihak SPRM sememangnya diberikan kuasa untuk menangkap dan menyiasat. Tak mengira siapa, walaupun Peguam Negara, jika melakukan sesuatu kesalahan, maka dia tidak boleh diberi sebarang pengecualian daripada dihadapkan ke muka pengadilan dan proses undang-undang.

Seksyen 23 Akta SPRM menjadikan satu jenayah untuk “mana-mana pegawai badan awam ... menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa-apa suapan....”

Manakala seksyen 3 Akta SPRM pula mentakrifkan “suapan” untuk termasuk “apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, termasuk perlindungan daripada ... apa-apa tindakan sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan....”

Justeru, sudah jelas sekali tindakan Jabatan Peguam Negara perlu disiasat di bawah seksyen-seksyen ini.

Tolong tularkan dan gunakan tanda pagar #TangkapTommy!
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers