Monday, 24 September 2018

Usaha Menyatukan PAS dan UMNO Seperti Mengosongkan Bekas Berisi

SHARE
Usaha menyatukan PAS dan UMNO untuk menentang gergasi baharu politik negara yang diterajui Mahathir semakin rancak kedengaran, namun di pihak satu lagi melalui orang kanan Mahathir bukan berjawatan nombor 2 tetapi berpengaruh memujuk rayu ahli parlimen mahu pun ahli dewan undangan negeri dari UMNO berusaha mendekati orang-orang berpengaruh memujuk presiden UMNO agar bersatu dengan parti PPBM bagi mengatasi kekuatan Anwar Ibrahim yang hampir pasti akan merampas kerusi Perdana Menteri.

Dengan kedudukan kerusi PPBM yang tidak memberi gambaran sebarang kekuatan kepada PKR,DAP dan Amanah pasti Mahathir yang bercita-cita mahukan anaknya Mukriz menjadi Perdana Menteri akan terhalang.

Bagi UMNO, sekiranya bersama PAS bertanding atas tiket sama atau berlainan, namun, pastinya bercita-cita mahu membentuk pakatan untuk menerajui negara sekiranya pakatan kerajaan sekarang tumbang.

Satu pekara yang perlu diketahui oleh pembongok-pembongok UMNO, kirany sah PAS dan UMNO bergabung akan berlaku kekosongan bekas perjuangan berikutan berhijrah keluar beramai-ramai ahli UMNO terutamanya di kelantan, Terengganu, Pahang berikutan 3 negeri ini kena tempias dengan hukuman kafir era jahiliyah puak-puak taliban PAS.

Tidak boleh dinafikan, anak orang UMNO yang ibu bapanya dikafirkan kerana menyokong UMNO akan ingat sejarah itu sampai akhir hayat.

Hilang hukum kafir timbul pula fatwa bahawa UMNO tolak Islam, apa maksudnya,' sedangkan tolak Islam semua orang tahu hukumnya?

Sekiranya berlaku juga gabungan sah antara PAS dan UMNO, secara sah juga ia menguntungkan PPBM kerana penghijrahan ahli menyertai parti yang ditubuhkan kuncu-kuncu Mahathir kerana benci Najib bekas perdana menteri dari parti yang berjaya ditumbangkan pada pilihan raya umum lalu.

Patut juga di fikirkan, kenapa ada pihak dari UMNO telah bertemu dengan pemimpin-pemimpin pemerintah hari ini kalau bukan mahu menolak PAS bergabung dengan UMNO?.

Selama ini seperti anjing menyalak menyokong kiranya PAS gabung membentuk kerajaan atau bertanding atas tiket sama atau sebaliknya, TAPI mengapa ada usaha agar UMNO bersama PPBM.

Oleh itu usaha untuk bersama PAS samalah mengosongkan bekas yang penuh isi....jangan di curah air dalam tempayan kerana mendengar guruh dilangit..



"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers